Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.<br /><br />Baginda mengumumkan perkara itu ketika bertitah merasmikan mesyuarat kedua persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, pada Khamis.